" />
" />
" />
" />
" />

Monday 11 June 2012

For today .. Let's disscuss type of boy .. hihihi

BAIKLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHARGAI, dengan tidak melengahkan masa marilah kita ikuti carta top 5 senggol-senggolan kita hari ini yang merupakan satu pengakuan istimewa kaum perempuan untuk diperhatikan dengan penuh teliti lagi berhemat oleh kaum lelaki iaitu satu pengakuan dari satu luahan rasa yang mewakili kaum Hawa terutamanya dari saya ye .. Mari kita bincangkan..

                TOP 1 : Lelaki yang PERIHATIN 

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, ..kesalahan sendiri tak perasan.. Pastu , lelaki tersebut tamaola banyak cakap sngt sbb kadang2 si prempuan akan naik menyampah mengalahkan si prempuan dan jangan plak terlalu diam smpai tiada apa mahu dibincangkan .. ARASO ?? hehe 


                 TOP 2 : Lelaki yg "COOL" 

Dari sini dapat digambarkan bahawa lelaki yang cool ialah lelaki yg sentiasa bersikap tenang dalam menghadapi masalah even sebesar mana pn masalah yg dihadapinya . Ciri2 ini amat disukai kaum Hawa kerana kebanyakkan kaum Hawa majoriti lebih kepada sikap terburu2 dan menggelabah jika menghadapi masalah . So , ianya akan lebih kontra jika sikap saling berlawanan mengenai bab ini . Then , kalau si prempuan sentiasa mara2 , selalunya lelaki akan memarahinye kembali . Ini sebenarnye lagi membangkitkan kemarahan prempuan ye . Dlm bab ni , lelaki haruslah tenang dan bertanya prempuan tersebut dalam "tone" yg lembut dan mudah untuk diterima .. ok ? 


                 TOP 3 : Lelaki yg BERHATI_HATI

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!


                TOP 4: Lelaki yg  WANGI 

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


                 TOP 5: Lelaki yg menjadi PENAWAR

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

Ok , setakat ini sahaja untuk hari ini ..
dan Mutiara Kata akhir dr saya  ..

 "SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN                                               TAJAM APABILA  LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"




















No comments:

Post a Comment